KESAN AKIBAT HARGA MINYAK

kita kini hari-hari akan terdengar keluhan dari orang ramai tentang harga barangan harian naik harga. Ya, begitulah halnya . Harga barang dan perkhidmatan telah meningkat akibat harga minyak naik kerana kos perantaraan dalam semua proses pengeluaran dan penghantaran.

Kadar inflasi turut bertambah apabila harga minyak meningkat. Kadar pengangguran yang tinggi mungkin disebabkan firma melakukan proses pengurangan pengeluaran akibat permintaan yang rendah. ini secara langsung akan mengurangkan peluang pekerjaan.

Sekirannya kegiatan ekonomi yang semakin lembap, negara akan terjejah hasil pendapatan dan beban hutang negara meningkat. Oleh itu rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai seperti cukai perkhidmatan bagi menanggung kos pembangunan.

Oleh itu, langkah-langkah perlu dilakukan dengan pengurangan cukai untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.Jika cukai dikurangkan ini akan meningkatkan kuasa beli dan permintaan pasaran pengguna. Langkah ini juga dapat mengawal pengangguran.

Undang-undang , ya satu langkah bijak . Penguatkuasa undang-undang oleh Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna di dalam memantau harga barang yang di jual oleh peniaga hendaklah lebih tegah dan DENDA yang tertinggi pelu dikenakan .

Marilah kita semua bekerjasama dengan bersama-sama memastikan segala usaha oleh pihak kerjaaan dapat dilaksanakan bagi mengatasi kelembapan ekonomi negara.

Labels: , , , , ,