Kata-kata puitis

Selain memberi idea yang utuh dan menarik, gaya bahasa yang digunakan perlu menujukkan kematangan pemikiran anda. Dalam hal ini, penggunaan kata-kata dapat menarik persepsi pemeriksa semasa membaca karangan yang anda tuliskan.

 

Contoh  kata-kata puitis



  1. demi menyegarkan misi dan visi Negara

  2. memperbaiki  kekhilafan masa lampau

  3. tidak segera melatah

  4. resepi utama dalam  mengukir  kejayaan

  5. tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa………..

  6. masih tidak memadai untuk membendung

  7. jelaslah bahawa terpesongnya andaian bahawa…………….

  8. meleraikan  sebarang kemusykilan

  9. natijah yang timbul akibat tindakan ……………………

  10. tersisih dari arus pembangunan

  11. mengejar sijil dan kelulusan semata-mata

  12. menghadapi liku-liku masa hidup  depan

  13. membuat perhitungan yang matang

  14. sehingga meminggirkan norma moral dan kemanusiaan

  15. demi kelancaran  kesinambungan tamadun bangsa

  16. semangat patriotisme  mulai  menipis dalam diri golongan belia hari ini

  17. banyak menderita dek berbakti kepada negara

  18. meletakkan karier dan wang sebagai prioriti dalam hidup

  19. dunia ini membosankan  lantaran ketiadaan flora dan fauna yang berfungsi sebagai penyeri  dan pewarna kepada hidup kita

  20. program-program yang diimplementasikan dapat mengingkatkan kesedaran sivik..

  21. menyuarakan keprihatinanya

  22. berbekalkan  nilai-nilai moral

  23. pendorong untuk meningkatkan prestasi mereka…..

  24. terpinga-pinga dan hilang akal apabila berdepan dengan ……………

  25. membuahkan hasil yang amat bernilai dan terpahat  dalam sejarah Negara

  26. melihat sistem pendidikan sebagai satu proses yang mengongkong dan membebankan

  27. satu tuduhan melulu dan tidak bernas

  28. ternyata nilai-nilai murni dan kasih sayang menjadi teras keamanan dan keharmonian  Negara

  29. nilai-nilai kebinatangan menyerap masuk ke sanubari

  30. tidak bermaksudkan memperkecil kemampuan ………….

  31. perkara yang perlu direnungkan oleh …………

  32. perlu menelan kata-katanya sendiri……….

  33. perlu mencari sendiri penawar kepada…………..

  34. kini semakin terhimpit dengan …………

  35. perlu diperangi  habis-habisan

  36. ia cukup mudah mengeret  Negara  kepada kancah ketegangan yang dasyat

  37. diharap dapat  menambah kerancakan proses pembangunan  …………

  38. mengerakkan tenaga ke arah memperkukuhkan kedudukan

  39. perkembangan ini turut diwarnai  dengan kelahiran …………….

  40. masyarakat seolah-olah lupa ……………




  1. ia perlu  dipersembahkan  dan digarap mengunakan pendekatan ………..

  2. ….. akan terus tenggelam  tanpa apa-apa sumbangan  kepada …………

  3. belum  mampu berfikir dengan matang

  4. anak-anak adalah  kain-kain putih yang  sedang dicorakkan oleh kita  untuk kelangsungan  Negara pada masa depan

  5. sedar atau tidak ada sebahagian daripadanya memberi impak  negatif terhadap terhadap anak-anak kita

  6. tetapi disebalik itu  ia boleh menjadi momentum  kepada pemikiran kanak-kanak itu

  7. tidak menolak kemungkinan

  8. namun sebanyak mana idea atau saran bernas  dapat dicetuskan tetapi seandainya  tidak diikuti dengan tindakan yang sewajaranya, maka idea akan kekal  menjadi idea dan kita akan terus   ditakluk lama dan tiada perubahan

Labels: ,