Sunday, July 31, 2011

Langkah-langkah Mengatasi Kanser Serviks

Kanser serviks semakin berleluasa dalam kalangan wanita di Malaysia.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini.


Kanser serviks merujuk kanser rahim yang selalu menyerang kaum wanita di Malaysia. Antara contoh kanser yang sering berlaku ialah kanser payu dara, kulit, usus, dan tekak yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan pula. Berita mengenai kemelut kanser ini turut mendapat tempat dalam media massa kita saban hari. Jadi, kerajaan boleh mengadakan pelbagai tindakan yang berupaya untuk mengatasi kanser rahim ini.

Tindakan yang konkrit dilakukan oleh kerajaan melibatkan penyiaran kempen kesedaran tentang kanser ini. Pelbagai informasi mengenai kanser ini meliputi cara mencegah dan jenis rawatan yang boleh dijalankan boleh diselitkan dalam kempen yang dilancarkan ini. Semua maklumat ini kemudiannya akan digunakan oleh pesakit kanser itu untuk mengekang kanser itu daripada terus merebak pula. Maka, kempen yang efektif boleh menjadikan masalah kanser ini dapat ditangani pula.

Selain itu, kerajaan boleh menyediakan rawaan secara percuma atau murah kepada pesakit kanser. Pemberian rawatan sebegini menjadikan lebih banyak wanita di negara ini berani tampil untuk menjalani pemeriksaan kerana sedar jika mereka mendapat rawatan yang sewajarnya jika diri mereka mengalami kanser itu. Kesudian untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan ini memastikan risiko kematian akibat kanser juga akan menurun secara mendadak. Jelaslah, rawatan yang murah atau percuma boleh menjadikan kanser rahim ini satu lipatan sejarah di Malaysia sedikit masa lagi.

Friday, July 29, 2011

Mat Rempit Buday Kita?

Isu Mat Rempit masih menjadi duri dalam daging di negara ini. Pelbagai pihak mempersoalkan punca masalah ini bersama-sama impak yang dibawanya lalu mencetuskan satu perbahasan hangat dalam media massa kita. Kenapakah Mat Rempit ini menjadi satu topik perbualan hangat masyarakat?

Sudah pasti umur Mat Rempit yang rata-rata di bawah 30 itu membimbangkan kita semua. Umur yang begini mudah seharusnya dihabiskan di pejabat, universiti dan sebagainya bukannya disia-siakan di jalan raya pula.? Belia kita lebih suka menikmati bunyi motosikal yang menderu-deru bising itu daripada menghasilkan kreativiti di bidang tertentu pula. Mungkin itu kreativiti yang remaja kita semua faham.

Tuesday, July 26, 2011

Kegiatan Korikulum Rapatkan Hubungan Pelajar Dengan Guru? (PMR)

Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.
Huraikan pernyataan di atas.

Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.

Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini.

Saturday, July 23, 2011

Bioteknologi (STPM)

Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma.
Huraikan pernyataan di atas.

1. Meningkatkan kualiti
- Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
- Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
- Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
- Mutasi aruhan
- Meningkatkan pembesaran
- Kawalan virus dn Patogen – MARDI

2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
-Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
- Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan

Wednesday, July 20, 2011

Tanah runtuh (STPM)

Kejadian tanah runtuh yang berlaku berpunca daripada fenomena semulajadi danaktiviti manusia seringkali menimbulkan masalah kepada kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan.

Pengenalan

  • Kejadian tanah runtuh merupakan masalah yang sering mendapat perhatian umum. Kejadian tanah runtuh ini telah menimbulkan kesedaran akan akibat yang dialami kesan daripada kehidupan manusia.


Punca

1. Semulajadi

  • Jumlah taburan hujan

  • kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak

  • Tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh

  • Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak


2. Struktur tanah

  • - Kawasan tanah yang senang runtuh (sediment gegai) mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.

  • - Kadar resapan yang rendah.


3. Kecuraman dan kepanjangan cerun

  • - Cerun yang mempunyai kecuraman lebih daripada 20% berisiko tinggi untuk runtuh.

  • - Ketinggian cerun akan meningkatkan kadar halaju air yang mengalir dan menggalakkan runtuhan.

Monday, July 18, 2011

Kemalangan Jalan Raya (PMR)

Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.
Huraikan punca-puncanya.

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Saturday, July 16, 2011

Friday, July 15, 2011

Kesihatan

Badan yang sihat adalah penting untuk membentuk individu yang cergas dan masyarakat yang cemerlang. Jelaskan langkah-langkah yang berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. (Laras Sains)

Pengenalan

  • Sebagai negara membangun, taraf kesihatan rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap yang memuaskan, terutama penduduk desa.


Langkah-langkah
1. Memupuk amalan pemakanan yang seimbang.

  • Makanan berkhasiat.

  • Makanan kurang lemak, kurang garam dan kurang gula.

  • Makanan termasak.


2. Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap.

  • Membanyakkan hospital dan klinik, lebih-lebih lagidi kawasan luar bandar.

  • Melatih pakar dan kakitangan perubatan yang cukup.

  • Memastikan rawatan percuma diberi kepada golongan miskin.


3. Menggalakkan kegiatan senaman dan sukan.

  • Menyediakan kemudahan senaman dan sukan di merata- rata tempat.

  • Menganjur pertandingan sukan.

  • Mengurangkan cukai atas alat-alat sukan.


4. Meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan.

  • Teknologi makanan.

  • Perubatan.

  • Alam sekitar.


5. Mendidik rakyat jelata untuk mengamalkan cara hidup yang bersih dan sihat.

  • Menjaga kebersihan diri.

  • Menjaga kebersihan alam sekitar.

  • Menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan dan minuman.


Kesimpulan

  • Kesihatan ialah aset penting setiap insan. Dengan rakyat yang sihat dan cergas, Malaysia akan menuju ke arah masyarakat cemerlang.

Hot Topic Karangan SPM 2011

1. Semangat Kejiranan
Arah : Langkah

2. Gaya Hidup Sihat
Arah : Peranan ibu bapa

3. Disiplin
Arah : Peranan ibu bapa

4. Hubungan Kasih Sayang
Arah : Peranan ibu bapa

5. Riadah dan Rekreasi
Arah : Kebaikan

6. Kehilangan Kanak-kanak
Arah : Langkah mengatasi

7. Keselamatan Kanak-kanak
Arah : Peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat

8.  Bangunan Bersejarah
Arah : Kepentingan menjaga dan Langkah memulihara

9. Gejala Sosial / Lumba Haram
Arah : Langkah-langkah mengatasi

10. Polisi Sekolah Selamat
Arah : Usaha pihak sekolah

11. Jenayah Antarabangsa
Arah : Kerjasama antara negara (Langkah)

12.  Tabungan
Arah : Faedah dan Usaha

13. Pelancongan (Inap Desa)
Arah : Langkah-langkah meningkatkan

14. Penyakit Berjangkit
Arah : Bentuk kerjasama antara negara (Langkah mengatasi)

15. Pengangkutan Awam
Arah : Langkah memperkasa / Kepentingan

16. Membaca
Arah : Cara menggalakkkan

17.  Alat Komunikasi (Telefon Bimbit, Internet)
Arah : Kesan

18.  Perpaduan Kaum
Arah : Peranan keluarga meningkatkan perpaduan kaum

19.  Industri Kraftangan
Arah : Langkah-langkah memperkasakan

20. Rancangan Televisyen Realiti
Arah : Usaha ibu bapa mengawal kecenderungan menonton rancangan televisyen realiti

[Source]

Sila Rujuk

ISU Penting BM STPM 2011

ISU Penting Karangan STPM 2011 Kertas Bahasa Malaysia

Sila Rujuk: http://www.karangan.net/2011/07/isu-karangan-stpm-2002-2010/

Contoh karangan Isu PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka.

PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal.

Thursday, July 14, 2011

JENAYAH

Kes jenayah merupakan satu kejahatan atau perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kes jenayah yang berlaku di Negara Malaysia semakin serious .

Kes jenayah bukan sahaja berlaku di tempat awam , ini juga berlaku di kawasan sekolah . Kebelakangan ini sekolah saya telah berlaku dua kes , kes pertama ialah salah seorang pelajar sekolah saya hampir dirogol oleh seorang pemandu lori sewaktu pulang dari sekolah manakala Kes kedua ialah seorang pelajar perempuan sekolah saya telah diberhentikan sekolah kerana telah hamil .

Setiap hari kita buka surat khabar , kita akan mendapati ada kes pembunuhan , kes rogol ,rompak dan sebagainya berlaku . Adakah undang-undang di Negara Malaysia tidak ketat? Dari manakah pembunuh itu dapatkan pistol atau senapang dengan senang? Pelbagai soalan timbul di setiap sudut hati rakyat , walaupun setiap kes jenayah tentu tidak dapat melarikan diri daripada undang-undang ataupun pihak polis tetapi tindakan mereka bagai melepaskan batuk di tangga. Kalau kita tidak mencari dari manakah datangnya punca tersebut , kes jenayah akan terus berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Gejala ponteng sekolah

Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku.

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.

Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.

Pelaburan asing

Latar Belakang

  • Pemimpin kita bertekad menjadikan Malaysia Negara perindustrian.

  • Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk mengatasi masalah kekurangan modal.

  • Pelaburan asing menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.

  • Melaluinya, wawasan kerajaan dapat direalisasikan.

  • Kerajaan menggubal dasar untuk memberi jaminan serta menggalakkan pelaburan asing.


Kepentingan

Kemasukan pelaburan asing ke Negara ini memperluaskan aktiviti perindustrian dalam Negara :

  • Pelaburan asing membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.

  • Menawarkan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi masalah penggangguran di kalangan penduduk tempatan.

  • Banyak projek usaha sama yang dapat dilaksanakan, terutamanya dalam sector industri berat.

  • Skop industri dapat berkembang lebih meluas dengan adanya teknologi dan kepakaran.

  • Pengeluaran / produktiviti semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.

  • Eksport barangan pembuatan semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.

  • Menggalakkan kemasukan dan perkembangan teknologi canggih serta kepakaran dari luar Negara.

  • Pelabur asing mampu memindah teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran.

  • Membawa masuk pekerja mahir yang turut membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.

  • Pelabur asing menggalakkan Penyelidika dan Pembangunan ( R&D) dalam industri tempatan, membantu kemajuannya, termasuk penemuan-penemuan baru.

  • Pelaburan asing turut membantu pertumbuhan guna tenaga dalam Negara, menambah jumlah guna tenaga mahir.

  • Menggalakan berkembangnya industri kecil (IKS) dan sokongan.

  • Permintaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir terus meningkat.

  • Selain mengatasi pengganguran, turut meningkat taraf hidup rakyat Malaysia.


Pelaburan asing turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dalam Negara kita.

  • Bagi menjamin kelicinan perkembangan industri, kerajaan membaiki dan menambah infrastruktur awam demi kepentingan bersama.

  • Kerajaan mendirikan jalinan lebuh raya, system telekomunikasi canggih, lapangan terbang KLIA untuk menarik pelaburan dan memberi kemudahan / perkhidmatan yang lebih baik.

  • Pelabur asing turut melibatkan diri dalam menyediakan infrastruktur secara usaha sama.

  • Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan lebih banyak bahan mentah dieksploitasi.


Perindustrian Negara berasaskan eksport

  • Banyak projek mengeluarkan barangan siap dilaksanakan

  • Bahan-bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, dan bijih timah diusahakan dalam Negara.

  • Menambah pendapatan Negara melalui eksport

  • Boleh mengatasi risiko seperi permintaan dan harga komoditi yang tidak stabil da pasaran global

Semakan PLKN 2O12

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata seramai 140,000 peserta terpilih untuk mengikuti kursus itu tahun depan, iaitu 27 peratus daripada keseluruhan 515,697 yang lahir pada tahun tersebut.”Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,” katanya.

Semakan calon bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sesi 2012 boleh disemak sekarang. Berikut adalah cara semakan bagi calon akan yang terpilih program khidmat negara 2012 . Semakan boleh dibuat secara online ataupun melalui semakan sms.


Melalui website PLKN

Laman Web: http://www.khidmatnegara.gov.my

Melalui SMS

Taip PLKN SEMAK <IC Number> dan hantar ke 15888

Contoh: PLKN SEMAK 940101075050 dan SMS ke 15888

 

 

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat (JLKN) di talian 03-40274747

Wednesday, July 13, 2011

E-dagang

Bincangkan kebaikan dan masalah pelaksanaan perdagangan elektronik (E-dagang) .

Pendahuluan

  • · Perdagangan elektronik (E-dagang) hangat diperkatakan di dunia perniagaan kini .

  • · Ini selaras dengan perkembangan teknologi komputer , era internet / siber .

  • · E-dagang adalah satu daripada 7 aplikasi perdana yang dibangunkan dalam projek MSC .


KEBAIKAN PELAKSANAAN E-DAGANG
Membesarkan pasaran produk sehingga ke peringkat global

  • · Internet berupaya mencapai khalayak pengguna yang jauh lebih besar , iaitu sehingga 60 juta pengguna di seluruh dunia dalam masa yang singkat .

  • · Kedai Dot-com dalam internet membolehkan peniaga memperagakan dan mempromosi barangan jualan dan perkhidmatan dengan mudah dan berkesan kepada pelanggan seluruh dunia .

  • · Contohnya , E-dagang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi jualan buku (Amazon.com) dan jualan komputer Dell .


Menghapuskan golongan tengah dalam dunia perniagaan

  • · Maklumat perkhidmatan dan perdagangan boleh disalurkan kepada pelangan secara langsung melalui laman web berkenaan dalam internet .

  • · Tidak perlu membayar sewa kedai , menyediakan kelengkapan dan perabot serta pelayan kedai .

  • · Pembeli boleh membeli terus daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu bayar komisen kepada agen .


Memudahkan aktiviti membeli-belah / Pengguna

  • · Pengguna tidak perlu bersesak dengan masalah trafik .

  • · Masalah kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi .

  • · Barangan tempahan dari mana-man sahaja boleh dihantar terus ke pintu rumah .

  • · Boleh membeli-belah 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari .


MASALAH PELAKSANAAN E-DAGANG
Soal keselamatan pengguna harus diambil kira

  • · Masalah kejadian penipuan dalam urus niaga internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab .

  • · Sejauh manakan aktiviti memberikan nombor kad kredit bagi membeli sesuatu itu selamat ?

  • · Masalah kawalan undang-undang yang cukup atau lengkap .


Pengguna dan penjual masih samar tentang idea E-dagang berfungsi

  • · Soal saiz perniagaan dan penggunaan pendekatan E-dagang .

  • · Masyarakat kampung dan golongan yang berusia 40 tahun ke atas tidak memahami internet E-dagang .


Masalah kemudahan penggunaan komputer atau internet

  • · Tidak semua para perniagaan ( besar / kecil ) dapat menyediakan laman web bagi menceburi pendekatan laman web bagi menceburi pendekatan E-dagang ini .

  • · Tidak semua masyarakat kita terdiri daripada kalangan yang celik PC .


Kesimpulan

  • · Konsep E-dagang memanglah suatu konsep yang menarik .

  • · Pesediaan yang lebih teratur perlu jika konsep E-dagang ini hendak dilaksanakan .

  • · Keselamatan pengguna harus diberikan perhatian untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini .

RASUAH

Apakah punca masalah rasuan dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini .

Pendahuluan

  • · Rasuah - pemberian wang untuk mendapatkan sesuatu tanpa melalui peraturan .

  • · Rasuah - skandal pinjaman Bank Bumiputera Finance ( BMF ) , Koperasi Mengambil Deposit , penggelapan wang di Bank Simpanan Nasional dan Suruhanjaya Sekuriti .


PUNCA MASALAH RASUAN

Didikan agama


  • · Sejak kecil lagi , mereka tidak diberikan pendidikan agama yang sempurna .

  • · Mengkianati majikan kepentingan orang lain untuk memuaskan nafsu tamak .

  • · Tidak faham ajaran agama dan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang agama .

  • · Berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi tetapi berkelakuan jahat keagamaan .

  • · Agama dunia melarang penganutnya melakukan rasuah - perbuatan yang terkutuk .

  • · Sifat menginginkan kekayaan mengkaburkan mata mereka dan mereka lupa agama .


Gaji rendah

  • · Menyebabkan mereka menerima rasuah - menikmati kemewahan hidup .

  • · Mendapat kenaikan pangkat dan tiada kelayakan untuk menuntut gaji yang tinggi .

  • · Gaji tidak cukup untuk membayar sewa rumah , ansuran kereta , bil elektrik dan air , perbelanjaan keluarga dan penikmatan kemewahan hidup yang luar biasa sedikit .

  • · Pekerja bawahan seperti kerani , pelayan pejabat , pegawai keselamatan , dan mereka yang menghendakkan kemewahan hidup tetapi tidak mampu .

  • · Membuat perbandingan dengan kawan sepejabat mereka .

  • · Diperalatkan untuk menyebarkan maklumat untuk tatapan pihak yang meminta .

  • · Projek tender - pegawai terlibat menerima rasuah untuk meluluskan permohonan itu .


Undang-undang

  • · Tidak mempunyai hukuman yang berat dan setimpal .

  • · Denda sahaja tidak cukup untuk menakutkan pesalah .

  • · Hukuman penjara - tidak menghairankan penjenayah - masuk penjara - keluar jadi jutawan .

  • · Hukuman rampasan harta dan wang tidak ada dalam undang-undang .

  • · Hukuman sebat tidak diluluskan oleh parlimen .

  • · Rakyat tidak takut undang-undang dan berani melakukan rasuah .


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Pendidikan agama dan moral

  • · Sikap diubah sejak dari kecil lagi .

  • · Kerajaan mewajibkan subjek pendidikan moral dan agama di sekolah .

  • · Pelajar diajar dan diterapkan ke dalam jiwa mereka nilai mulia dan murni .

  • · Aspek displin , tanggungjawab , jujur , rajin , kasih-sayang , cekap , bersih dan amanah , ditekankan dalam pendidikan moral dan agama .

  • · Kejayaan seseorang bergantung kepada sikap dan nilai yang diamalkan olehnya .

  • · Tidak bergamak untuk menjadi kaya tanpa kira nilai prinsipnya .

  • · Ibu bapa menyemai nilai keagamaan dan ajaran agama ke dalam jiwa anak mereka .


Keadaan pekerjaan

  • · Kebajikan pekerja bawahan dan kakitangan berpangkat tinggi dijaga .

  • · Kemudahan perumahan , KWSP , Perkeso , kenaikan pangkat , kenaikan gaji , bayaran kerja tambahan masa , bonus dan pertukaran tempat pekerjaan diberi perhatian .

  • · Majikan memberi insentif dan mengukur persembahan pekerjaan pekerja dengan adil .

  • · Mempunyai keyakinan terhadap syarikat mereka .

  • · Kakitangan organisasi lebih menyayangi majikan kalau menjaga kepentingan dan kebajikan .

  • · Sistem dan peraturan bekerja diketat dan elakkan kebocoran untuk penyelewengan .


Kesimpulan :

  • · Rasuah menjahanamkan kemantapan ekonomi negara , imej negara dicemari .

  • · Rakyat dan pemimpin tiada keyakinan terhadap kestabilan negara .

  • ·Setiap lapisan masyarakat berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .

CETAK ROMPAK

Apakah punca masalah cetak rompak dan jelaskan kesan masalah ini .

Pendahuluan

  • · Dahulu kala , penjualan barang tiruan dijalankan secara tersorok .

  • · Kini , menjualnya secara terbuka di pasar malam dan memperkecilkan Akta Reka Cipta .

  • · Menciplak buku , perisisan komputer , CD , VCD , DVD , baju dan jam tangan


PUNCA MASALAH CETAK ROMPAK

Amat menguntungkan

  • · Sifat perniagaan amat menguntungkan .

  • · Kos penghasilan barangan cetak rompak sangat murah .

  • · Kos sekeping VCD bernilai RM 1.00 tetapi dijual dengan RM 4.00 hingga RM 7.00 .

  • · Tidak mengiklankan barangan kerana publisiti ini dijalankan oleh syarikat pengeluar barangan asli .

  • · Tidak membayar cukai keuntungan perniagaan kepada kerajaan .

  • · Tidak membayar royalti kepada ahli seni seperti penyayi dan penulis lirik .


Undang-undang

  • · Orang ilmu dan modal berasa sedih kerana kekayaan mereka dirompak oleh perompak ilmu dan seni .

  • · Menguatkuasakan Akta Reka Cipta dan Bentuk dengan menangkap mereka .

  • · Hukuman ringan tidak memberi keinsafan kepada peniaga cetak rompak .

  • · Menghadapi masalah mengadakan serbuan kerana kekurangan kakitangan .

  • · Susah mengesani peniaga cetak rompak .

  • · Pegawai penguakuasa diikuti oleh tonto penjual barang cetak rompak .


Sambutan pengguna

  • · Pengguna suka membeli barangan cetak rompak . Harga barangan cetak rompak murah .

  • · Barangan asli bernilai RM 40.00 dibandingkan dengan harga barangan rakam rompak bernilai RM 5.00 .

  • · Membeli jam tangan Rolex - RM 25.00 berbanding dengan Rolex asli yang bernilai RM 15,000.00 .

  • · Membeli barangan ini kerana kurang berkemampuan dan suka menunjuk-nunjuk .

  • · Tidak mempedulikan kualiti barangan dan bentuknya hampir sama sahaja .

  • · Sambutan baik menyebabkan perniagaan cetak rompak menjadi berleluasa .


KESAN MASALAH CETAK ROMPAK

Terhadap Kerajaan , Penerbit , Swasta

  • · Rugi kerana peniaga cetak rompak tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan .

  • · Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang banyak .

  • · Syarikan EMI & Sony Music dan syarikat penerbitan Sasbadi mengalami kerugian dalam perniagaan .

  • · Membelanjakan beribu-ribu untuk menerbitkan album dan memdapat balik modal mereka .

  • · Kerajaan kita hilang sumber kewangan untuk melaksanakan projek pembangunan negara .

  • · Melambatkan proses pembangunan akibat kekurangan sumber pendapatan .


Kesan Terhadap Ahli Seni

  • · Penulis buku dan penyanyi menerima tamparan yang kuat .

  • · Tidak mempunyai pendapatan yang tetap . Bergantung kepada komisyen hasil penjualan .

  • · Tidak memdapat ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka .

  • · Peniaga cetak rompak mencapai keuntungan yang lumayan .

  • · Melemahkan semangat ahli seni untuk memajukan persembahan mereka .

  • · Banyak pemuda-pemudi tidak berminat dengan bidang kesenian akibat masalah ini .


Kesimpulan

  • · Kegiatan cetak rompak perlu dibanteras secara kolektif .

  • · Tindakan awal mengatasi masalah ini kerana setiap penyakit ada penawarnya .

  • · Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Polis , Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri mestilah mempergiatkan operasi mereka .

Permainan tradisional

Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukan usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional?

Permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Walau bagaimanapun, isu peminggiran permainan tradisional ini sentiasa menjadi buah mulut sehingga menuntut tindakan yang pragmatik untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.

Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.

Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.

Tuesday, July 12, 2011

BIOTEKNOLOGI (STPM)

Peperanan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara .

Pengenalan

  • • Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia .

  • • Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel .


Huraian Isi
Bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan

  • • Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan .

  • • Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik .

  • • Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan .

  • • Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia .


Bioteknologi dalam mengatasi masalah pencemaran

  • • Mikrob seperti bakteria baru hasil kaedah bioteknologi dapat mempercepat proses pereputan membantu penguraian najlis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna .

  • • Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara dengan sempurna .

  • • Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik .


Bioteknologi membaharui kaedah perubatan

  • • Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel neuron untuk mengantikan sel saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson .

  • • Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultur untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran .

  • • Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti sakit jantung dan kegagalan ginjal .


Bioteknologi merupakan pendekatan baru untuk meningkatan produktiviti pertanian

  • • “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa .

  • • Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik .

  • • Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus .

  • • Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain .


Bioteknologi kurangkan penggunaan racun makhluk perosak

  • • Penggunaan baka kapas tebal kepada ulat perosak kapas atau kapas Bt di ladang-ladang kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun perosak .

  • • Tanaman Bt ialah tanaman yang telah disuntik dengan gen bacillus thuringlensis (Bt) sejenis bakteria tanah sehingga dapat mengeluarkan bahan racun serangga sendiri mejauhkan serangga .

  • • Ini menjimatkan kos racun makhluk perosak dan meningkatkan keluaran kapas di Amerika .

  • • Tanaman Bt lain termasuklah kentang , jagung , tomato , epal dan tembakau .


Penutup

  • • Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara .

  • • Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia .

Pendidikan Jarak Jauh (STPM)

Pengenalan

  • PJJ merupakan satu corak pendidikan yang semakin penting dan popular dewasa ini.

  • USM telah memperkenalkan corak pendidikan ini sejak awal tahun 1970-an

  • UKM menawarkan pelbagai kursus seperti Sarjana Muda Sains, Sarjana Muda Sastera( Komunikasi, Psikologi, dan lain2) Diploma Pendidikan bermula sesi 1995/96

  • UM memperkenalkan kursus SARJANA Muda Kejuruteraan dan Sarjana Muda Pengajian Melayu bermula sesi 1996/97

  • UPM & UTM turut terlibat dalam program PJJ demikian.

  • PJJ melibatkan situasi yang mana guru dan pelajar berada di tempat berlainan pd kebanyakan masa. Pelajarannnya disampaikan melalui modul2 kursus & mereka dikehendaki lulus kursus2 tersebut dlm peperiksaan yg akan dijalankan pd setiap semester. Ijazah @ diploma akan dianugerahkan kpd calon yg lulus dlm peperiksaan.


Kebaikan
1) PJJ secara langsung membantu Negara melahirkan tenaga yang professional & berkelayakan

  • Pelbagai bidang kursus ditawarkan : perniagaan, computer, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains mahupun sains sosial.

  • Memenuhi kehendak @ permintaan kelayakan di sektor awam & sektor swasta.


2) PJJ menyediakan banyak peluang pendidikan bg setiap lapisan masyarakat

  • pelajar boleh mengikuti kursus-kursus tertentu secara sambilan & di pusat-pusat tertentu yang dekat dengan tempat tinggal @ kerja calon berkenaan

  • Syarat kemasukan yang selesa, kelayakan minimum & pengalaman kerja diambil kira


3) PJJ memungkinkan pelajar mengadakan jadual pembelajaran yg bersifat fleksibel

  • Pembelajaran dpm diselaraskan dgn komitmen keluarga dan tugas harian

  • Penangguhan pelajaran blh dilakukan dgn syarat masa yg tertangguh itu akan digantikan kelak

  • Corak pembelajaran ini mengurangkan tekanan di kalangan pelajar.


4) PJJ menggalakkan pelajar berfikir, kretif & berdisiplin

  • Corak pembelajaran PJJ memaksa pelajar banyak berfikir utk menyelesaikan sesuatu permasalahan mahupun tugasan

  • Guru memberikan bimbingan dr semasa ke semasa shj; harus banyak berbincang, merujuk dan mengkaji secara persendirian


Keburukan
1) PJJ menyukarkan komunikasi 2 hala ant pelajar dgn guru secara berkesan

  • - Peluang perbincangan langsung pd tahap minimum krn mereka berada di tampat yg berbeza

  • - Persidangan video & rakaman kaset mahupun mesin faks mungkin blh dieksploitasi sbg alat komunikasi, ttp teknologi demikian masih tidak dpt menggantikan keberkesanan komunikasi “face to face” spt yg terdapat did lm bilik darjah

  • - Masalah individu > Berjaya diselesaikan melalui komunikasi secara langsung


2) PJJ juga merumitkan usaha mengadakan kerja kumpulan

  • - Kesukaran utk mengatur masa2 yg sesuai utk menemukakan pelajar2 bg sesuatu perbincangan; lokasi & komitmen berbeza-beza

  • - Kekerapan pertemuan & tempoh perbincangan amat terbantas


3) Proses pembelajaran menjadi 1 pengalaman yg amat terasing & peribadi

  • - Program ini merenggangkan jalinan social krn pelajar PJJ > mementingkan pencapaian & kemajuan diri

  • - Keseringan utk bertemu, berkongsi maklumat & berbincang amat terbantas.

  • - Perhubungan pelajar dan tenaga pengajar kurang erat & mesra, dorongan & motivasi mahupun kegiatan kaunseling kpd pelajar pd tahap minimum


4) Pencapaian pelajar dlm PJJ amat bergantung kpd disiplin & daya tahan pelajar itu sendiri

  • - Sikap optimistik & kegigihan amat diperlukan untuk menyempurnakan kursus PJJ dlm tempoh spt yg terancang

  • - MOtivasi diri memainkan peranan dlm menentukan kejayaan


KESIMPULAN

  • - PJJ ini sememangnya mempunyai baik buruknya yg tersendiri. Apa yang jelah ialah program ini tetap menjadi semakin popular & mendapat sambutan drpd pelbagai lapisan masyarakat

  • - PJJ berperanan menambahkan bil tenaga mahir & professional di pasran serta mempercepatkan proses pembangunan negara

  • - Perancangan yg rapi harus diadakan agar mutu dan pendidikan dpt dipertahankan

  • - Tujuan negara dipenuhi & bukan merugut keuntungan optimum drpd program ini

Hak Pengguna III

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:

(a) Kesedaran Mengkritik

  • Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.


(b) Penglibatan dan Tindakan

  • Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.


(c) Tanggungjawab Sosial

  • Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.


(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi

  • Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.


(e) Bersatupadu

  • Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.


 

PERLINDUNGAN PENGGUNA
Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:

  • barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan

  • maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada

  • pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan

  • pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah

  • sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi

  • pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil

  • pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran


Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.

Kesimpulan
Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pernbelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak kedua-dua pihak yang terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

Sumber :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Hak Pengguna II

HAK-HAK PENGGUNA


Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.

Hak asasi Pengguna



  • Hak Untuk Mendapat Gantirugi


Pengguna adalah berhak mendapat gantirugi disebabkan Man yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

  • Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna


Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

  • Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat


Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.

Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak-hak dan tanggungjawabnya sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistern penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.

  • Hak Untuk Mendapat Keselamatan


Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.

  • Hak Untuk Mendapat Maklumat


Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat Yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan Yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.

  • Hak Untuk Membuat Pilihan


Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga Yang berpatutan dan mutu Yang mernuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan Yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

  • Hak Untuk Menyuarakan Pendapat


Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan Yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan Yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang Yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti Yang dinyatakan oleh penjual.

 

Hak Pengguna I

Hak Dan Tanggungjawab Pengguna
Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:

Pengguna
Dengan lain perkataan walaupun pengguna mempunyai hak-hak tertentu, namun hak-hak berkenaan bukanlah diperolehi secara otomatis. Ramai pengguna yang kurang tahu atau kurang mengambil tahu akan hak-hak mereka. Pengguna harus diberi kesedaran bahawa mereka mempunyai hak-hak tertentu dan seterusnya berusaha bagi mendapatkan hak-hak mereka. Pada kebiasaannya pengguna itu tidak akan mendapat haknya melainkan :-

  • (a)  Mengetahui apakah hak-haknya;

  • (b)  Menuntut hak-hak tersebut daripada pihak yang wajar memberikannya;

  • (C)  Memainkan tanggungjawab dan peranan mereka dan berusaha mendapatkan hak-hak itu.


Maka amalan seorang pengguna yang baik dan bijak ialah membuat imbangan antara tanggungjawabnya sebagai pengguna dan dalarn masa yang sama menuntut apa yang sepatutnya mereka berhak mendapatkannya.

SIAPA ITU PENGGUNA
"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.

Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.


MASALAH KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KALANGAN PENGGUNA
Kesedaran pengguna terhadap hak-hak dan kewajipan mereka sebagai pengguna pada hakikatnya adalah merupakan masalah asas kepada pengguna.Selagi belum timbul kesedaran di kalangan pengguna terhadap peranan dan tanggungjawab mereka, selagi itulah usaha-usaha pergerakan pengguna dan kerajaan untuk melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna serta usaha-usaha kerajaan untuk membendung inflasi tidak dapat mencapai matlamatnya dengan berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah terlalu banyak. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang dihadapi adalah bersabit dari usaha pengguna untuk mendapatkan hak-hak mereka sebagai pengguna yang berpunca kegagalan sistem pasaran dan institusi-institusi di dalamnya memberikan segala hak yang sepatutnya diperolehi pengguna.Di samping itu pengguna-pengguna sendiri adalah kurang peka kepada hak-hak mereka yang disediakan oleh undang-undang dan peraturan yang diwujudkan untuk melindungi mereka. Tidak ramai di antara pengguna di negara ini yang memberi perhatian terhadap hak-hak mereka yang diperuntukkan dalam undang-undang sebelum pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran.

Institusi dan peranan perlindungan pengguna

  • (a) Majlis Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan (MHEPK)

  • (b) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)

  • (c) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

  • (d) Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

  • (e) Agensi-agensi Kerajaan

  • (f) Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri dan Daerah

  • (g) Persatuan Pengguna


Masalah yang dihadapi

  • (a) kegiatan menyorok barang-barang dengan tujuan menaikkan harga;

  • (b) tiada tanda harga pacia barangan yang dijual yang sepatutnya mempunyai tanda harga;

  • (c) pelabelan barangan yang tidak lengkap;

  • (d) sukatan atau timbangan yang tidak mencukupi seperti yang didakwa;

  • (e) barang palsu; dan halal dan haram dan sebagainya.


 

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersihdan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Monday, July 11, 2011

KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN KEPADA NEGARA

Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Menuju Wawasan 2020 yang merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju, kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor perindustrian.

Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapatan utama kepada penduduk desa. Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor ini. Majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan malah kehidupan mereka diumpamakan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan sektor pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan. Hasil pertanian dapat dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan lagi peluang pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan pendapatan. Justeru, keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai. Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim FELDA. Melalui skim ini, tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan.

Beberapa jenis pengenalan karangan

Pengenalan Jenis Definisi
Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,kelab danpersatuan,dan unit pertubuhan seragam.Semua pelajar wajib menyertaikegiatan ini.Sebenarnya, banyak kepentingan atau kebaikan yang akandiperoleh oleh pelajar jika menyertai kegiatan ini.

Pengenalan Jenis Pendapat Tokoh
Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Dato’ Seri Hishammudin Tun Husin Onnmengatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua pelajarmenyertai kegiatan kokurikulum. Beliau menyatakan bahawa pihak pegawaiKementerian Pelajaran akan memantau setiap sekolah untuk memastikankegiatan ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.Beliau menegaskanbahawa kegiatan ini banyak kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Suasana
Pada setiap petang, kawasan sekolah itu dipenuhi pelajar yangmenjalankan pelbagai aktiviti.Ada pelajar yang bermain bola di padang.Di dewan pula, pelajar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihanTae-Kwan-Do.Di depan kantin pula, pasukan kadet polis sedang menjalanilatihan kawad kaki. Semua aktiviti yang dijalankan itu sebenarnyabanyak membawa kebaikan atau kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Persoalan
Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Mengapakah setiap pelajar perlumenyertai kegiatan ini?Adakah pelajar yang tidak menyertai kegiatan iniakan diambil tindakan oleh pihak sekolah? Persoalannya ialah apakahkepentingan pelajar menyertai kegiatan ini?

Modul dalam PLKN

Modul Fizika



Modul Fizikal adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan. Secara khususnya, latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan di kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan. Di samping itu, peserta akan dilatih oleh para jurulatih untuk mempelajari melalui pengalaman dalam aktiviti-aktiviti seperti kawad, kraf hutan, pertolongan cemas, membaca peta, kompas, latihan pandu arah, menyeberangi sungai, merempuh halangan, aktiviti menggunakan tali (litar tali tinggi dan rendah), merentas desa, seni mempertahankan diri, aktiviti air, kembara hutan dan lain-lain. Modul ini dilaksanakan selama empat minggu di dalam dan di persekitaran tapak perkhemahan.

Modul Kenegaraan

Modul Kenegaraan adalah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya. Peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain. Peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya melalui elemen Rakyat. Elemen Kerajaan pula membantu peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain. Peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara melalui elemen Kedaulatan. Cabaran dari dalam dan luar negara juga diperbincangkan supaya peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan. Modul ini dilaksanakan selama tiga minggu dan pelbagai kaedah digunakan seperti lawatan, simulasi, lakonan, dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat, mentafsir peristiwa dan lain-lain.

Keganasan antarabangsa

Huraikan kesan masalah keganasan antarabangsa dan sarankan langkah untuk mengatasi masalah ini .

Pengenalan

  • · Keganasan - Pengeboman , pembunuhan diri dan penculikan untuk mencapai tuntutan politik .

  • · Disebabkan penentangan ideologi , kegawatan ekonomi , dan kelemahan pemerintahan .

  • · England - melakukan keganasan di stesen MRT - membunuh banyak rakyat Britain - 2005

  • · Membunuh orang yang tidak berdosa dan menyebabkan penderitaan .


Kesan

Keselamatan terancam

  • · Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan .

  • · Pemimpin manyalakan api keganasan dan menghasut penyoking berbuat demikian .

  • · Bersifat kegilaan dan hilang perasaan rasional mereka .

  • · Mengambim bahagian dalam tunjuk perasaan dan bertindak liar .

  • · Menggugat keselamatan dan keamanan kawasan tempatan .


Ekonomi terjejas

  • · Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur .

  • · Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian .

  • · Indonesia - tunjuk perasaan dan keganasan berlaku - pembunuhan .

  • · Ekonomi Indonesia tidak pulih dan bertambah teruk .

  • · Serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia di Amerika 2001 - jejas ekonomi dunia .

  • · Perdagangan antarabangsa merosot kerana peniaga tidak berani melawat .


Pelancongan tergugat

  • · Perampasan kapal terbang dan mengebom bangunan menyebabkan pelancong takut .

  • · Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan .

  • · Agensi pelancongan melaporkan kemerosotan perniagaan .

  • · Ekonomi China , Amerika dan Australia yang bergantung kepada pelancongan terjejas .

  • · Syarikat penerbangan menghadapi kerugian yang besar .

  • · Pemandu pelancong dan kakitangan agensi pelancongan mengangur .


Langkah

Pasukan Keselamatan

  • · Polis dan tentera bertindak dengan cepat terhadap keganasan .

  • · Mengelakkan keganasan merebak dengan serius .

  • · Pencetus rusuhan dan tunjuk perasaan dikenakan hukuman berat .

  • · Membuat undang-undang khas untuk menyenangkan tindakan segera .

  • · Malaysia menggunakan ISA untuk menentang pengganas .

  • · Mengekalkan keselamatan dan keamanan negara kita .


Kerjasama Antarabangsa

  • · Komuniti antarabangsa berganding bahu mencegah keganasan yang ada rangkaian antarabangsa .

  • · Jabatan perisikan bertukar maklumat kegiatan pencetus rusuhan .

  • · Mengambilan tindakan segera seperti menangkap Hambali di Thailand .

  • · Latihan bersama antara polis dan tentera antara negara maju dan mundur .

  • · Menyekat aliran wang kumpulan pengganas di dunia .

  • · Jabatan Imigresen mestilah berkesan melakukan kerja penapisan .


Kesimpulan

  • · Penduduk dunia haruslah faham keganasan menghalang kemajuan .

  • · Tanpa keganasan , kemajuan negara terjamin .

KESAN AKIBAT HARGA MINYAK

kita kini hari-hari akan terdengar keluhan dari orang ramai tentang harga barangan harian naik harga. Ya, begitulah halnya . Harga barang dan perkhidmatan telah meningkat akibat harga minyak naik kerana kos perantaraan dalam semua proses pengeluaran dan penghantaran.

Kadar inflasi turut bertambah apabila harga minyak meningkat. Kadar pengangguran yang tinggi mungkin disebabkan firma melakukan proses pengurangan pengeluaran akibat permintaan yang rendah. ini secara langsung akan mengurangkan peluang pekerjaan.

Sekirannya kegiatan ekonomi yang semakin lembap, negara akan terjejah hasil pendapatan dan beban hutang negara meningkat. Oleh itu rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai seperti cukai perkhidmatan bagi menanggung kos pembangunan.

Oleh itu, langkah-langkah perlu dilakukan dengan pengurangan cukai untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara.Jika cukai dikurangkan ini akan meningkatkan kuasa beli dan permintaan pasaran pengguna. Langkah ini juga dapat mengawal pengangguran.

Undang-undang , ya satu langkah bijak . Penguatkuasa undang-undang oleh Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna di dalam memantau harga barang yang di jual oleh peniaga hendaklah lebih tegah dan DENDA yang tertinggi pelu dikenakan .

Marilah kita semua bekerjasama dengan bersama-sama memastikan segala usaha oleh pihak kerjaaan dapat dilaksanakan bagi mengatasi kelembapan ekonomi negara.

Sunday, July 10, 2011

Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Karangan

Contoh-contoh pengaruh bahasa ibunda dalam karangan pelajar

1. cerita itu sangat ketawa
- cerita itu sangat melucukan

2. pasukan penyelamat menyelesaikan mayat-mayat
- pasukan penyelamat menguruskan mayat-mayat

3. mangsa terlibat bencana memerlu bantuan dari luar masyarakat
-mangsa bencana memerlukan bantuan daripada masyarakat luar

4. pihak penyelamatan telah mencari orang yang kehilangan
-pasukan penyelamat mencari orang yang masih hilang

5. banyak perlancong yang pergi bercuti di pulau puket, pulau pinag, pulau lain-lain
-banyak pelancong bercuti di Pulau Phuket, Pulau Pinag dan pulau-pulau lain

6. sebilangan pelancong cedera parah dan pasport pelacong-pelancong pun sudah, oleh itu, mereka terpaksa meninggal di hotel-hotel masing-masing
-sebilangan pelacong cedera parah dan kehilangan pasport mereka. Oleh itu, mereka terpaksa duduk di hotel.

[source]

Saturday, July 9, 2011

Perpaduan Kaum

Langkah-langkah dan Kepentingan Memupuk  Perpaduan Kaum


Pengenalan
Perpaduan kaum amat penting kepada kita.
- teras keharmonian dan kesejahteraan
- wajar dikekalkan daripada satu generasi ke satu generasi

ISIUTAMA
1. Mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan .
- gotong royong,,hari keluarga dan pelbagai lagi
- masyarakat tanpa mengira kaum turut sama berganding bahu

2. Budaya rumah terbuka dalam sesuatu perayaan.
- pelbagai bangsa akan hadir berkongsi kegembiraan
- bertukar-tukar fikiran dan saling mengenali

3. Menubuhkan rukun tetangga di taman-taman perumahan
- mengadakan rondaan keselamatan bersama-sama
- meningkatkan tali silaturahim sesama masyarakat

4. Keharmonian hidup akan terjamain.
- tidak berlaku rusuhan kaum seperti di negara- negara luar
- aktiviti seharian berjalan dengan aman dan tenang

5. Imej negara di mata dunia akan meningkat.
- negara yang harmoni walaupun didiami oleh masyarakat majmuk
- menggamit kedatangan para pelabur dan pelancong

6. Pembangunan yang dirancang berjalan dengan baik
- tiada unsur khianat dan dengki antara kaum
- malah antara kaum sama-sama berganding bahu dalam pelbagai sektor

Penutup
Perpaduan hidup amalan di Malaysia.
- Perdana Menteri telah melancarkan Program 1 Malaysia
- tujuannya hanya satu dalam mempertingkat perpaduan yang sedia ada.

Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Pengenalan
1. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan.
- perlu dipulihara dan disayangi
- namun banyak alam sekitar yang telah tercemar

Idea-idea Utama
1. Habitat flora dan fauna akan terjejas.
- lama kelamaan pelbagai spesis ini akan pupus
- mendatangkan kerugian kepada generasi yang akan datang

2. Manusia akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit
- kesan daripada udara yang kotor dan tercemar
- dilepaskan oleh kilang perindustrian dan kenderaan

3. Berlaku bencana alam yang maha dahsyat
- banjir besar dan tanah runtuh telah menjadi bukti
- kesan daripada penebangan pokok yang tidak dikawal

4. Hidupan akuatik semakin pupus
- sungai yang jernih telah dipenuhi dengan sisa toksik
- ikan dan udang antara mangsa pencemaran ini

5. Pendapatan nelayan akan terancam
- punca pendapatan terjejas
- hidupan akuatik banyak yang mati
- hasil pendapatan pastinya menurun

Penutup
1. Pencemaran alam sekitar mestilah ditangani.
- kempen,program dan pelbagai lagi mestilah dijalankan
- penguatkuasaan undang-undang turut dilaksana

Penyakit Berjangkit

Langkah-langkah Menangani Penyakit  Berjangkit.


 

Pengenalan
1. Penyakit berjangkit semakin berbahaya.
- H1N1, SAR dan pelbagai lagi
- sukar untuk dirawat akibat ketiadaan penawar
- bergerak dengan pantas dalam menyerang manusia di dunia ini

Isi-isi
1. Mengetatkan pintu masuk utama
- memantau dan mengawasi pelancong dari luar
- kuaratin pelancong yang disyaki membawa pelbagai jenis virus dan menghidap penyakit

2. Amalan gaya hidup sihat
- tidak merokok dan minum minuman keras
- menjana aktiviti rekreasi yang menyihatkan tubuh badan
- sentiasa mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran

3. Gaya pemakanan yang sihat
- amalan pemakanan buah-buahan agar terhindar daripada jangkitan penyakit
- dedahkan kepada masyarakat melalui media masa cetak mahupun elektronik
- makan makanan yang berkhasiat supaya mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi

4. Penyelidikan penyakit dengan berterusan
- memperoleh penawar bagi penyakit yang menyerang
- masyarakat dapat dilindungi sebelum sesuatu penyakit yang serius menyerang
- virus yang menyerang dapat dikekang agar tidak meluas

5. Menerima suntikan vaksin oleh masyarakat
- menerima suntikan kesihatan sejak dilahirkan
- lali dengan pelbagai jangkitan yang wujud
- penyakit berjangkit dapat dibendung

Penutup
1. Media massa mengambil langkah yang utama
- menyebarkan cara untuk menangani secara berterusan
- masyarakat bertindak dengan bijak dalam menangani fenomena ini.
- mencegah jauh lebih baik daripada merawat

Pengangkutan Awam

Langkah dan kepentingan mempertingkat Pengangkutan Awam Di Malaysia


 

Pengenalan
Pengangkutan awam nadi negara.

  • menghubungkan pelbagai destinasi

  • mudah dan cepat

  • lambang dan imej sesebuah negara


Idea Utama

1. Membina lebuh raya yang besar dan canggih

  • memberi keselesaan kepada pengguna

  • menjimatkan masa

  • berhubung dengan cepat dan pantas


2. Membina komuter dan Star LRT

  • mengurangkan kesesakan lalu lintas

  • mempercepat pelbagai urusan

  • memberi keselesaan kepada warga kota


3. Pembinaan KLIA

  • pintu masuk negara yang canggih

  • lambaian kedatangan para pelancong

  • menarik ramai pelabur.


4. Memodenkan pelabuhan di Malaysia

  • perniagaan impot dan ekspot menjadi lebih teratur

  • barangan niaga dapat dihantar dengan cepat

  • keuntungan kepada Negara


5. Sistem kereta api yang canggih

  • laluan ekspress KL Sentral ke KLIA

  • laluan utama utara dan ke selatan diperhebat

  • mudah berkomunikasi dan berurus niaga


Penutup
Sistem pengangkutan mestilah canggih dan sistematik

  • negara beroleh banyak manfaat

  • ekonomi ditingkatkan dan pulangan lumayan kepada negara

  • menjana kepesatan dan kemajuan Negara

Kamus Online

Satu kamus online yang sanggat bagus yang disediakan oleh Pusat rujukan Persuratan Melayu @ Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan dalam kamus online ini meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah(Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan ( Sabah dan Sarawak), peribahasa dll.

 



 

Link: http://prpm.dbp.gov.my/

Friday, July 8, 2011

Kata-kata puitis

Selain memberi idea yang utuh dan menarik, gaya bahasa yang digunakan perlu menujukkan kematangan pemikiran anda. Dalam hal ini, penggunaan kata-kata dapat menarik persepsi pemeriksa semasa membaca karangan yang anda tuliskan.

 

Contoh  kata-kata puitis



  1. demi menyegarkan misi dan visi Negara

  2. memperbaiki  kekhilafan masa lampau

  3. tidak segera melatah

  4. resepi utama dalam  mengukir  kejayaan

  5. tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa………..

  6. masih tidak memadai untuk membendung

  7. jelaslah bahawa terpesongnya andaian bahawa…………….

  8. meleraikan  sebarang kemusykilan

  9. natijah yang timbul akibat tindakan ……………………

  10. tersisih dari arus pembangunan

  11. mengejar sijil dan kelulusan semata-mata

  12. menghadapi liku-liku masa hidup  depan

  13. membuat perhitungan yang matang

  14. sehingga meminggirkan norma moral dan kemanusiaan

  15. demi kelancaran  kesinambungan tamadun bangsa

  16. semangat patriotisme  mulai  menipis dalam diri golongan belia hari ini

  17. banyak menderita dek berbakti kepada negara

  18. meletakkan karier dan wang sebagai prioriti dalam hidup

  19. dunia ini membosankan  lantaran ketiadaan flora dan fauna yang berfungsi sebagai penyeri  dan pewarna kepada hidup kita

Minat membaca

Era globalisasi hari ini memerlukan masyarakat Malaysia mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Malangnya tahap membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah. Hal  ini menuntut penglibatan ibu bapa  bagi menyemai tabiat membaca sejak anak-anak masih kecil. Jelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan  melahirkan masyarakat membaca.

Isi :

  • Menggunakan masa berkualiti bersama-sama anak-anak untuk membaca di rumah

  • Membawa anak-anak ke perpustakaaan

  • Mengadakan perpustakaan mini di rumah

  • Memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk membeli bahan bacaan

  • Menggalakkan anak-anak menyertai projek-projek bacaan seperti NILAM.

  • Memberi ganjaran/ hadiah rangsangan kepada anak-anak yang membaca lebih banyak buku.


Sudah banyak yang diperkatakan tentang  kekurangan  minat membaca  dalam kalangan  remaja hari ini.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menarik minat ini dalam kalangan anak-anak hari ini

Pendahuluan :

  • Membaca  merupakan  jambatan ilmu

  • malangnya rakyat kita kurang membaca

  • sudah sampai masanya langkah-langkah sewajarnya diambil  untuk menyemaikan minat ini dalam kalangan anak-anak kita


Isi :

  • kerajaan telah melaksanakan  pelbagai  langkah  dalam usaha  meningkatkan  kesedaran masyarakat  terhadap kebaikan dan faedah membaca

  • pelbagai kempen, pameran dan pesta buku diadakan sama ada  di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa

  • cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan

  • kemudahan  - awam dan juga perpustakaan bergerak di kawasan luar bandar

  • di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minat  pelajar membaca

  • pusat sumber di Sekolah -  dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan  yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja

  • sudut bacaan harus diwujudkan

  • namun langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat  awal iaitu semasa kanak-kanak lagi

  • ibu bapa haruslah  memberikan galakan  dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak

  • ibu bapa juga harus sedia  membelikan  bahan- bahan  bacaan  untuk anak-anak mereka

  • mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai- satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan  budaya membaca

  • ibu bapa sendiri harus mengamalkan tabiat membaca agar dicontohi anak-anak mereka


 

Penutup :

  • ilmu merupakan pelita hidup

  • orang yang banyak membaca  akan menjadi matang dan berpengalaman luas

  • oleh itu, semua pihak  harus bekerjasama  untuk memupuk  minat ini dalam sanubari anak-anak


Kepentingan amalan membaca

  • Generasi yang berfikiran kritis dan matang dapat dilahirkan.

  • Usaha untuk memben­tuk negara kita agar lebih maju/ pesat membangun dapat dipercepat

  • Membaca mampu mem­berikan pengalaman yang baru yang dapat diaplikasikan dalam urusan harian yang tertentu.

  • Masyarakat yang serba tahu dapat dilahirkan.

  • Kita dapat membuat refleksi tentang kelemahan diri kita sendiri.

  • Membaca dapat menaikkan motivasi diri sehingga mewujudkan daya saing yang sihat.

  • Kita dapat berubah menjadi manusia yang lengkap.

  • Membaca itu keperluan hidup.


Sebab-sebab rakyat kurang membaca.

  • Mereka sibuk dengan urusan pekerjaan.

  • Mereka mempunyai minat atau kecenderungan lain / gemar akan hiburan, dsb.

  • Mereka sememangnya tidak minat membaca.

  • Mereka tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti berfikir/ mencabar minda.

  • Kekurangan bahan bacaan yang bermutu.

  • Harga bahan bacaan di pasaran mahal.

Thursday, July 7, 2011

Isi-isi karangan isu sosial (Langkah)

1. Peranan keluarga
-mencurahkan kasih sayang dan mengambil berat
-memberikan pendidikan agama
-menjadi contoh dan teladan yang baik
-sentiasa mengawasi pergerakan dan tingkah laku anak - anak
-memberi kerjasama penuh kepada pihak sekolah

2.Peranan Institusi pendidikan
-penguatkuasakan peraturan yang lebih kuat
-melaksanakan semula hukuman rotan
-memperbanyak aktiviti kokurikulum
-pihak sekolah bekerjasama penuh dengan ibu bapa
-unit bimbingan dan kaunseling menyusun program-program khas

3. Peranan kerajaan
-penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang lebih berat
-kempen yang berterusan
-perancangan dan pengurusan yang sistematik
-menyusun dan melaksanakan program-program khas

4. Peranan media massa
-perlu memiliki tanggungjawab sosial
-mengutamakan rancangan-rancangan tempatan
-memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat
-menjadi jambatan perhubung antara kerajaan dan masyarakat
-memperkenalkan produk-produk berkualiti

5.Peranan masyarakat
-perubahan sikap daripada masyarakat
-memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan
-berani membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa
-melibatkan diri secara aktif dalam semua program
-kesungguhan bekerja, mencurahkan idea dan tenaga

6. Peranan diri sendiri
-memiliki cita-cita wawasan hidup-mengutamakan masa hadapan berbanding keseronokan semasa
-berhati-hati memilih kawan
-memahami aspirasi keluarga, bangsa dan negara
-mengutamakan pelajaran dan kesihatan
-bergiat cergas dalam semua aktiviti anjuran sekolah, masyarakat dan kerajaan

7. Peranan rakan sebaya
-mesti menjadi rakan yang baik
-membimbing rakan lain ke jalan yang sihat
-sentiasa menasihati dan memberi tunjuk ajar positif
-menyelesaikan masalah kawan dan bukannya menimbulkan masalah kepada kawan
-melatih kawan menyertai pelbagai kegiatan riadah dan reakrasi yang positif

Isi-isi karangan isu sosial (Sebab)

Sebab1: Kepincangan institusi keluarga
-ibubapa gagal menjadi model yang sempurna
-ibu bersikap materialistik dan individualistik
-ibubapa tidak menekan pendidikan agama
-sikap terlalu memanjakan anak-anak
-konflik dalam rumah tangga
-kekurangan kasih sayang

sebab2:  kelemahan institusi pendidikan
-segelintir guru gagal menjadi model yang sempurna
-penguatkuasaan  peraturan yang longgar
-hukuman yang ringan
-kurang kerjasama antara ibubapa dan guru
-unit bimbingan dan kaunseling kurang berperanan


sebab3: Pengaruh negatif media massa
-terlalu banyak stesen Tv swasta
-mengutamakan rancangan-rancangan import
-penularan budaya kuning
-mencemari dan mengancam budaya tempatan
-meracuni pemikiran dan perlakuan rakyat malaysia
-peningkatan pelbagai masalah sosial

sebab4: kelemahan pihak berkuasa
-penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan hukuman yang terlalu ringan
-penyelewengan kuasa dan amalan rasuah
-pelaksaan kempen yang kurang berkesan
perancangan yg kurang teliti dan tidak konsisten
-terlalu meyakini dan mempercayai pihak berkuasa

sebab5: kelemahan diri sendiri
-kurang keimanan diri
-sikap mempunyai cita-cita dan wawasan hidup
-sikap ingin tahu dan ingin cuba
-tidak memahami aspirasi keluarga,bangsa dan negara
-mudah terpengaruh dgn rakan sebaya
-tidak gentar dengan undang-undang

sebab6: kelemahan masyarakat
-sikap mementingkan diri sendiri
-tidak memberi komitmen dan kerjasama kepada pihak kerajaan
-tidak mahu mengalami anjakan paradigma
-sikap tidak mahu memikul tanggungjawab
-sering meletakan kesalahan pada pihak lain
-tiada kesungguhan dan bersikap sambil lewa

sebab7: pengaruh rakan sebaya
-rakan mempunyai pengaruh yg besar dlm kehidupan seseorang
-banyak gejala sosial spt vandalisme,lumba haram dilakukan secara berkumpulan
-ramai daripada rakan meracuni seseorang melakukan kejahatan
-rakan yg datang drpd keluarga bermasalah
rakan sebaya tidak  berpendidikan agama

Analisis Soalan Karangan Bahan Rangsangan SPM 2005-2010

2005 (N)   Gejala vandalisme
2006 (J)    Sijil Pelajaran Malaysia
2006 (N)   Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa
2007 (J)    Aktiviti masa lapang
2007 (N)   Tanggungjawab menjaga kebersihan
2008 (J)    Kegiatan dalam bidang pertanian
2008 (N)   Punca-punca pencemaran sungai
2009 (J)    Bantuan kepada mangsa banjir
2009 (N)   Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
2010 (J)    Punca pencemaran udara
2010 (N)    Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat
2011 (J)     Kepentingan pengangkutan awam

Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)

Soalan : Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan untuk melatih golongan remaja menjadi warga negara yang berguna. Anda ingin menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan program ini dengan menyatakan pandangan anda untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tulis karangan anda selengkapnya.

Jawapan contoh

Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan dan dilaksanakan bebepada tahun yang lalu. Pelaksanaan program ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah berusaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa program ini mempunyai banyak kebaikan, khususnya kepada golongan remaja dan umumnya kepada negara. Namun begitu, sehingga kini banyak pihak belum mendapat penjelasan yang sebenar akan kebaikan-kebaikan yang terhasil daripada pelaksanaan program tersebut. Sesungguh, jika dihalusi secara mendalam Program Latihan Khidmat Negara menjanjikan pelbagai manfaat kepada rakyat Malaysia.

Program Latihan Khidmat Negara bakal melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air. Selama ini warga negara ini, khususnya golongan remaja tidak memberi perhatian terhadap perkara ini. Pada anggapan mereka negara ini ditadbir oleh kerajaan tanpa melibatkan rakyat jelata. Selain itu golongan muda hari sudah pudar semangat cinta akan air kerana kemewahan hidup, keamanan, dan kemudahan yang cukup, telah melalaikan mereka. Oleh itu semangat cinta akan tanah air perlu diterapkan dengan kaedah yang lebih berkesan supaya jiwa golongan remaja kembali diisi dengan semangat patriotisme yang tinggi, bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, program ini merupakan satu kaedah yang sesuai untuk melahirkan warga negara yang cinta akan tanah air.

Selain itu Program Latihan Khidmat Negara juga akan menerapkan semangat kepimpinan dalam kalangan remaja lepasan sekolah. Semangat kepimpinan sangat penting kerana pemimpin yang baik bakal mempengaruhi kestabilan sesebuah negara. Kepemimpinan yang baik juga dapat menjamin hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, di samping mengekalkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Golongan muda perlu didedahkan dengan konsep kepimpinan yang dapat menjamin kelangsungan kemerdekaan sesebuah negara. Golongan muda ialah generasi yang bakal mewarisi pentadbiran negara suatu hari nanti. Justeru, mereka perlu memiliki semangat kepimpinan bagi memenuhi keperluan kepimpinan negara pada masa hadapan.